Sabtu, 13 Mac 2010

Salah Siapa...?

Dalam 2-3 minggu yang lepas, seperti biasa, mas akan membuka internet untuk membaca berita-berita semasa secara on-line. Mas beristighfar panjang bila membaca berita tentang seorang ustazah yang ditangkap khalwat. Pasangannya seorang duda, yang juga bekas teman sekolahnya. Pada waktu itu, suami ustazah tersebut berada di tanah suci mengerjakan haji...


Apa yang lebih mengejutkan mas lagi ialah, rupa-rupanya mas mengenali insan ini. Mas pernah bersahabat dengannya. Kami pernah belajar di universiti yang sama. Bagi mas, apa yang berlaku memanglah sesuatu yang menyedihkan... Tak pernah terlintas difikiran mas, perkara seperti ini akan berlaku kepada seseorang yang pernah mas kenal...

Mas terfikir, dimana silapnya, sehingga perkara seperti ini boleh terjadi... Mas difahamkan, teman mas tadi menjadikan sahabat lamanya itu, sebagai tempat mencurah perasaan. Perasaan kecewa dan marah terhadap seseorang yang bergelar suami...Perasaan yang datang akibat dari ketidak puasan hati hasil dari ketidak adilan suami dalam berpoligami...

Mereka telah berumahtangga pada tahun 1997. Semasa kami masih belajar. Namun rezeki tidak menyebelahi pasangan ini. Mereka tidak dikurniakan anak.

Mas percaya..., atas dasar iman dan kasih sayanglah, maka ustazah ini telah mengizinkan suaminya berkahwin lagi... Percayalah, tak ada isteri yang akan menjerit kegembiraan bila suami ingin berkahwin lain... Rasa sedih dan kecewa pasti ada dalam hati... Namun ustazah ini dengan rela hati telah mengizinkan suaminya berkahwin lain. Bukan itu sahaja, dia juga dengan rela hati telah pergi ke mahkamah untuk memudahkan urusan pernikahan suaminya.... Satu pengorbanan yang sangat besar dari seorang wanita yang bernama isteri... Dari mana rasa rela ini datang kalau bukan dari keimanan dan yang tinggi dan kasih yang menebal terhadap insan bernama suami...

Namun sudah menjadi sikap sebahagian lelaki, bila dah dapat yang baru, yang pastinya lebih muda, padat, ketat, dan mungkin lebih cantik, maka si isteri tua yang sudah banyak berkorban untuknya, akan dilihat serba kekurangan. Maka segala janji- janji untuk berlaku adil sebelum dapat beristeri baru ibarat janji tinggal janji...

Walaupun si suami ini juga bergelar ustaz, dan seorang penceramah terkenal dan disegani di daerahnya, namun itu bukanlah jaminan yang dia akan mempraktikkan apa yang diceramahnya kepada orang awam. Maklumlah, sebahagian ustaz2 ni kadang-kadang hanya pandai bercakap, untuk cari side income.. Tetapi dia sendiri tidak mempraktikkan apa yang dia cakap.... Mas difahamkan, yang si suami ini juga tergamak mengutuk si isteri tua di depan isteri muda dan kawan-kawannya...Bayangkan...

Mas dapat membayangkan betapa kecewanya hati si isteri tua bila pengorbanan tidak dihargai. Bila janji tidak ditepati. Apatah lagi jika kutukan-kutukan si suami sampai ke telinga si isteri tua. Rasa kecewa pasti akan lebih menebal. Tambahan lagi jika sikap suami yang semakin dingin. Balik ke rumah isteri tua pun macam dah nak tak nak. Asyik membandingkan yang tua dan si muda...Sudah pasti rasa sedih dan kecewa ini akan semakin menebal. Ia akan semakin parah apabila semakin lama dipendam. Memang perasaan di hati perlu diluahkan kepada seseorang. Kalau tidak memang boleh jadi gila...

Tapi Ye la, bila emosi sudah menguasai diri, kadang kala rasional akal tak dapat berfungsi dengan baik..waktu inilah sang syaitan akan menjalankan tugas rasminya... menghasut dan menyesatkan anak adam tak kira apa latar belakangnya. Apatah lagi seseorang berpendidikan agama, pasti komander besar yang akan menjalankan misi menghasut dan menyesat ini....

Pada mas, apa yang di sering di sebut oleh para penceramah dan motivator itu betul... Orang perempuan jika ada masalah rumahtangga, jangan diluahkan masalah tersebut kepada orang lelaki. Begitu juga sebaliknya si lelaki...jangan dicari orang perempuan sebagai tempat mencurah masalah... Mula-mula memang mendengar atas dasar kasihan, lama-lama akan jadi kasih... Bila kasih dah bercambah, yang pasti, syaitan akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin...Memang ramai yang kecundang bila syaitan dah masuk jarum...Termasuk la ustaz dan ustazah...Dalam baba ini ramai yang tersilap, apabila lebih senang bercerita masalah rumah tangga dengan isteri atau suami orang, berbanding teman sejenis...

Mas tertarik dengan saranan seorang teman mas, kalau sesiapa yang ada masalah berkait rumah tangga, pergilah mintak khidmat kaunseling kat pejabat agama. Mereka lebih profesional. Memang telah di latih untuk memberi kaunseling. Nasihat dan panduan yang diberikan pasti lebih baik untuk masa depan sesebuah rumah tangga. Kalau perlu, pasangannya juga akan dipanggil untuk dikaunseling ....

Kalaulah ustazah ni mengambil pendekatan sebegini, mas yakin, dia pasti takkan terjebak. Maruah dan harga dirinya juga akan selamat. Kalau suaminya juga dipanggil untuk dikaunseling, juga lebih baik... maklumlah diakan ustaz, jangan hanya pandai bercakap. Tapi bila diri sendiri mempraktik poligami, lain pulak jadinya...

Apa pun mas doakan untuk sahabat mas ini, semoga terus tabah menghadapi ujian yang datang. Jadikanlah kesilapan lalu sebagai sempadan dimasa depan. Untuk si suaminya pula, insaflah...walau si isteri ini tak mampu memberikannya zuriat, tapi hargailah dia sebagai insan yang pernah menemani hidupnya selama ini. Kekurangan itu bukanlah kehendak dirinya, tapi sebenarnya ujian dari Allah, bukan sahaja untuk si isteri tadi, tetapi juga untuk si suami itu sendiri sebenarnya...

Mas juga doakan semoga mas tidak diuji dengan sesuatu yang mas tak mampu tanggung...Mas akui, iman mas hanyalah senipis kulit bawang, sering kali juga emosi menguasai rasional. Dalam keadaan yang aman dan tidak tergugat ini pun, mas sering curiga, apatah lagi jika mas punya saingan... Mas memang tak mampu....