Jumaat, 25 April 2014

SELAMAT KEMBALI MAS... AHLAN WA SAHLAN

Subhanallah.. Walhamdulillah.. Wala ilaha illallah..Wallahu akbar.. Betapa pantasnya masa berlalu...betapa lajunya ia berlari meninggalkan kita... sedar tak sedar ia sudah terlalu jauh meninggalkan kita.. Ibarat orang yang baru bangun dari tidur... lena.. nyenyak.. bila terjaga, kita kurang pasti sudah berapa lama kita tidur..kita hanya pasti setelah mata melerek ke jam di sisi..

 yep.. sama macam blog ni.. lama sungguh mas tak menjenguknya... kalau ia sebuah rumah, sudah pasti ianya dipenuhi habuk dan sarang labah-labah.. Sedar tak sedar, sudah tiga tahun rupanya mas tinggalkan blog ni... tak tahulah apa yang mas sibukkan hingga tak ter 'update' sejak sekian lama..bukannya tak ada benda indah yang berlaku yang yang tak mas boleh ceritakan.. bukannya tak ada tempat menarik yang mas kunjungi yang tak boleh mas kongsikan... memang ada.. banyak.. tapi entahlah..

 Terima kasih buat kak syifah yang telah membangkitkan rasa ingin menulis semula. Terima kasih buat teman-teman Kelab Jelita yang yang sering mengongsikan ayat-ayat yang indah menyebabkan mas rasa terlalu banyak cerita dalam kepala yang ingin diluahkan di ruang maya ini, dan cacatan ini sebenarnya lebih kepada catatan kenangan buat diri sendiri... sesuatu yang boleh mas tatap andai ingin mengimbau kenangan lalu... sesuatu yang mas boleh kongsikan dengan insan-insan tersayang di sekeliling mas... ingin mas ucapkan Selamat Kembali untuk diri sendiri.. :) :) :)

 SELAMAT MENULIS MAS..

Rabu, 29 Disember 2010

CERITA CUTI SEKOLAH...MAA SSALAAMAH 2010...AHLAN YA 2011...

cuti sekolah akhir tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya... sesi baru persekolahan 2011 bakal menjengah beberapa hari lagi...

Bagi mas, cuti sekolah kali ini merupakan tempoh peralihan bg mas menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa... kalau sebelum ini mas dibantu oleh seorang insan yg bergelar bibik, namun hari ini,mas kembali seperti sebelum 3 tahun yang lalu... Menguruskan rumah dengan memasak, membasuh, mengemas dan segalanya mas lakukan sendiri...Syukur suami jenis yang ringan tangan...

Bermula awal cuti sekolah mas dan anak-anak mengikut suami yang ada muzakarah di Melaka... Di Melaka, selain dari berendam di kolam kami hanya berjalan-jalan di Taman Buaya...

Minggu berikutnya mas bertapa di bilik Boss sekolah melakukan kerja-kerja SPBT selama seminggu...

Siap kerja-kerja menampal barkod mas dan anak-anak mengikut suami sekali lagi bermesyuarat di Permaisuri Resort selama 3 hari... Memang puas anak-anak mas berendam dalam kolam... mujur tak demam..

Minggu berikutnya mas balik ke kampung seminggu bersama anak-anak... Puas hati dengan kepulangan kali ini..Sempat la mas mengemas rumah mama... Kalau selama ni, mas balik cuma sehari dua...habis masa dengan berborak aje... Mas juga berkesempatan menghadiri mesyuarat permulaan KOKEWAJAM...Koperasi Keluarga Waris Jambi... Koperasi keluarga yang ditubuhkan bukan bermotifkan keuntungan, tapi lebih bertujuan untuk merapatkan silarurrahim kami sesama sedara...

Pada 25hb yng lalu merupakan penutup kepada percutian cuti sekolah kali... Mas bersama abang jiji sekeluarga berehat di Rumah Peranginan Morib... Walaupun ada rasa bimbang melihat anak-anak mandi laut, namun mas seronok melihat mereka mengutip pengalaman bermain pasir dan laut... Bagi mas sendiri, mas juga mendapat pengalaman baru melihat air pasang yang macam air melimpah di lantai.. sangat laju...terlintas juga rasa seram di hati... teringat tsunami yang melanda tahun 2004 yang lalu..

Dan minggu ini merupakan mingu terakhir percutian...mas kembali sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang dah mula menyapa...suami pun dah geleng kepala...kalah orang kerja pejabat katanya...

Apa pun mas doakan semoga tahun 2011 yang bakal menjelma ini memberi seribu kebaikan untuk mas... Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mas dan keluarga, menambahkan kebahagiaan dan keberkatan dalam rumah tangga, memberi mas tenaga dan idea yang cemerlang untuk mengurus kerja, rumah tangga dan anak-anak dengan baik...
Mas harap semoga mas mampu pikul dan melaksanakan semua amanah yang berada dipundak mas dengan cemerlang...Amin Ya Rabb...

Rabu, 3 November 2010

ILA MAN YURAFIQUNI FI HAYAATI... ZAUJIL HABIB...

lagu ini mas dedicate untuk yg dikasihi.... zaujil habib...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Teringat...

Dah lama betul mas tak up date blog mas... kekangan masa ye... takde mood pun ye... tapi hari ini tadi, mas terpandang satu video clip yg di post oleh seorang sahabat...
nasyeed nyanyian Ahmad Bukhatir yang bertajuk... Zaujaty... bermakna isteriku..

Mas teringat nasyid ni pernah dihadiahkan kepada mas oleh suami... mas cukup tersentuh dengan liriknya... walaupun cuma sebuah lagu... Tapi mas amat menghargainya...




i love you as you are...
i love you how you are
and wharever was and happened
you are the one i love, you are...

my wife, you are the one i love...
my wife, you are the one, you are... 2 x

you are my legal right,
i'm not afraid of an envy who is keen in hating me
time has permitted us without interruptinglove
you have planted love in my heart by godwill

and happiness vanished if you left.. 2x
but life becomes flourishing when tou arrive
ispend the whole day in tiredness
and when i come home and see you
all my sorrows vanish

my wife, you are the one, you are
if you becomes unhappy
my life becomes very sad
then i try to make you happy
and achive what you desire

you are my joy so joy
the warmth of my love as long as you live
couse our souls were united as land and plant
You are my hope and and were i want to be
and my happiness and my inspiration
my life stay beautiful
no matter what sadness comes in the days
as far as you stay happy

i love you as you are
ilove you how you are
and whatever was and happened
you are the one i love, you are...
my wife you, you are the one i love

Selasa, 20 Julai 2010

Suami Idaman Isteri...


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ} (21) سورة الروم
Yang bermaksud :
" Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasan nya ialah,
Dia menciptakan isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya
diantara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir"
Mas bukanlah pakar motivasi, bukan juga penceramah hebat seperti ustazah Siti Nor Bahiyah. Cuma mas punya satu hobi hujung minggu. Membaca ruangan pengajaran keluarga di akhbar. Bagi mas, boleh mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain adalah lebih baik daripada kita sendiri mengalami pengalaman tersebut.

Sering kita dapati, sama ada di majalah-majalah, buku-buku mahupun laman-laman web, isu yang membincangkan CIRI-CIRI WANITA IDAMAN, atau CIRI-CIRI ISTERI IDAMAN SUAMI... kebanyakan tajuk-tajuk ini ditulis oleh kaum lelaki, yang membayangkan isi hati mereka tentang wanita atau isteri idaman mereka... Namun amat jarang kita temui hasil tulisan yang memperkatakan tentang hasrat hati seorang wanita.

Bagi memenuhi fardhu kifayah tersebut mas cuba ketengahkan tajuk ini ... Secara umumnya inilah harapan seorang wanita bergelar isteri. Semoga dapat dijadikan panduan buat lelaki bergelar suami atau yang bakal bergelar suami...

SUAMI IDAMAN ISTERI...

1-Bagi yang ingin menjadi suami idaman, perlulah dimulakan dengan niat. Berniat dan berdoalah untuk menjadi suami yang terbaik untuk pasangan anda. Dengan niat, insyaAllah usaha anda akan lebih diberkati.

2-Bersyukurlah dengan pasangan anda. Percayalah, sekiranya niat anda berkahwin kerana Allah, pemilihan isteri juga melalui istikharah, maka isteri anda adalah insan terbaik untuk diri anda yang telah Allah tentukan. Yakinlah...

3-Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dia menghormati anda. Muliakan dia sebagaimana anda mahu dia memuliakan anda dan layanilah dia dengan adab yang baik sebagaimana anda mahu dia melayani anda dengan baik-baiknya.

4-Pastikan anda punya masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Komunikasi adalah antara instrumen terhebat dalam sesuatu perhubungan ... Tanya diri anda, berapa minitkah yang anda luangkan dalam sehari untuk berbual dengan isteri...Carilah jalan untuk mencipta topik..

Lima minit sebelum tidur adalah antara masa emas suami isteri untuk mengeratkan hubungan. Berbuallah sebelum melelapkan mata... Namun sayang, ramai diantara para suami lebih suka menghabiskan masa sebelum tidur mereka dengan hobinya sendiri.

5-Manfaatkan masa hujung minggu anda dan cuti umum untuk sentiasa berada dekat dengan isteri. Jangan biarkan waktu-waktu tersebut berlalu tanpa sebarang pengisian bersama. Isilah dengan sebarang aktiviti bersama keluarga. Cukuplah masa kerja, anda bersama teman-teman...

6-Eratkan hubungan dengan gurau senda dan lawak jenaka. Hidupkan amalan usik-mengusik dalam rumahtangga. Anda akan dapati ianya ibarat penambah rasa dalam masakan...Memang membahagiakan..

7-Perasaan perlu diungkapkan...Ungkaplah rasa kasih dan cinta anda kepada isteri. Seandainya anda 'tak pandai' untuk menutur kata-kata cinta tersebut, jadikanlah sms atau email sebagai medium untuk menyatakan perasaan anda itu...Pengakuan tersebut akan menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih isteri terhadap anda...

8- Cintailah isteri anda setulusnya. Cinta yang tanpa syarat. Seharusnya rasa cinta dan kasih tersebut semakin bertambah dengan bertambahnya usia...

9-Seandainya anda out station, sering-seringlah bertelefon atau sekurang-kurangnya kirimlah sms untuk bertanya khabar dan memberi maklumat anda. Ketahuilah wahai para suami, 3 patah perkataan, "Apa khabar sayang" mampu membuatkan si isteri tersenyum lena hingga ke pagi.

Malangnya ramai dikalangan suami terlupa perkara ini. Mungkin beranggapan si isteri sememangnya selamat di rumah. Lalu mereka lebih senang dan seronok bersms sesama teman atau rakan sekerja berbanding dengan isteri di rumah.

10- Pekalah terhadap emosi isteri. Sememangnya wanita adalah makhluk Allah yang dipenuhi dengan pelbagai emosi . Ambil berat dengan keperluan dan kemahuan isteri...Jadikanlah diri anda sebagai penawar jiwa untuk isteri ...

11- Jagalah rahsia isteri. Jangan sewenang-wenangnya bercerita tentang isteri kepada teman-teman anda. Mungkin bagi anda 'cerita' itu perkara biasa dikalangan lelaki, tapi bagi isteri anda, ianya menyentuh maruahnya sebagai isteri dan perempuan. Terasa maruahnya bagai dijaja...

12- Carilah peluang untuk bersikap romantis dengan isteri sama ada melalui sikap, kata-kata, sentuhan atau pandangan yang bersesuaian dengan adab kita sebagai orang islam dan masyarakat timur...pasti isteri anda akan lebih menghargai anda...

13- Pamerkan keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Dahulukan keperluan keluarga berbanding orang lain. Sering berlaku si isteri berasa tidak dipedulikan apabila si suami bersikap lebih mementingkan teman-teman berbanding keluarga.

14- Dengarlah luahan si isteri walau sesibuk mana pun anda. Kerana, jika tidak kepada anda sebagai suaminya tempat untuk dia meluahkan perasaan, kepada siapa lagi... Jangan biarkan dia tersilap langkah...

15-Seandainya anda berselisih, atau hubungan anda bermasalah, cubalah berbincang dari hati ke hati. Singkirkan emosi ketika berbincang, sebaiknya gunakan akal dan rasional anda dengan berpandukan iman dan taqwa.

Elakkan dari mencurah masalah tersebut kepada orang ketiga lebih-lebih lagi isteri orang, atau wanita lain, walaupun wanita itu sahabat karib anda. Kerana ia bukan jalan penyelesai masalah, tapi mungkin sebaliknya akan berlaku. Jangan cuba-cuba membuka pintu kecurangan.

16- Hargailah apa yang isteri buat untuk anda. Berikanlah ucapan terima kasih dan nyatakan penghargaan anda untuknya.

Isteri sanggup korbankan apa sahaja untuk suami hatta nyawanya sendiri. Apa yang diingini oleh isteri hanyalah sedikit penghargaan dari insan bergelar suami...

17- Seandainya isteri berasa cemburu kerana anda berbual di telefon atau bersms dengan wanita lain, ketahuilah, cemburu itu datang dari perasaan kasih dan cintanya terhadap anda.

18- Semua isteri ingin berasa dekat dengan suami. Perasaan ini boleh hadir melalui sentuhan dan belaian. Selalulah membelai isteri anda walaupun dengan hanya ciuman dan dakapan selamat malam sebelum mata terlena dan kucupan selamat pagi sebelum anda meninggalkan katil. Ianya mampu mendamai hati si isteri sepanjang hari.

Tanpa sentuhan, perasaan isteri boleh menjadi 'kering' terhadap suami. Semakin lama usia perkahwinan, semakin sibuk tugas di pejabat, para suami semakin terlupa untuk membelai si isteri. Tidak ramai suami yang tahu bahawa si isteri lebih rela menangis sendiri dari meluahkan rasa kecewanya terhadap suami.

19- Bersikap jujurlah dengan pasangan. Jangan berahsia dengan isteri tentang aktiviti seharian anda. Sikap itu akan mencetus perasaan curiga sekaligus mengikis kepercayaannya terhadap anda.

20-Berikanlah kepercayaan anda kepada isteri sebagaimana dia mempercayai anda ...

21-Sentiasalah berbincang hal-hal yang berkaitan dengan rumah tangga. Buatlah keputusan berdasarkan persetujuan bersama.

21- Bantulah isteri melakukan kerja-kerja rumah. Selain meringankan beban isteri, ianya sunnah yang akan mengeratkan kasih sayang dan hubungan anda suami isteri.

22- Bersikap matang dalam menangani sesuatu perkara. Bijak dalam menyelesaikan masalah. Isteri pasti akan lebih menghormati suami yang bijak mengawal keadaan.

23- Jadilah pelindung kepada isteri. Pastikan si isteri berasa selamat untuk hidup bersama anda.

24-Amalkan makan bersama . Berbuallah sambil makan, ianya juga mampu mengeratkan hubungan anda berdua dan keluarga ...

25- Mudah meminta maaf, dan mudah memaafkan orang lain. Pasti isteri anda akan lebih menghormati anda.

26- Nyatakan kesukaan dan kebencian anda terhadap sesuatu, Supaya isteri anda boleh berusaha untuk melakukan apa yang anda suka, dan menjauhi apa yang anda benci.

27- Berikanlah nafkah mengikut kemampuan anda. Ramai suami yang mengabaikan nafkah dengan anggapan si isteri juga bekerja.

28- Didiklah isteri dengan sentiasa memberi ingatan dan panduan secara berhikmah. Amalkan solat berjemaah diwaktu anda berdua berada di rumah.

29-Seandainya isteri tersilap, tegurlah dengan berhikmah dan penuh kasih sayang. Isteri merajuk bukan kerana teguran, tetapi kerana cara anda menegur.

30-Sentiasa taat perintah Allah, serta peliharalah keluarga supaya sama-sama taat kepada kepada Allah.

31-Muliakan keluarga isteri sebagaimana anda mahu keluarga anda dimuliakan. Jangan membezakan keluarga kedua-dua belah pihak...

Wallahua'lam...





Jumaat, 9 Julai 2010

SEJARAH PEMBINAAN KAABAH


Kaabah merupakan kiblat umat Islam ketika menunaikan solat tidak kira walau dimanapun mereka berada. Kaabah telah melalui beberapa peringkat pembinaan sejak kali pertama ianya dibina. Sejarah pembinaannya oleh Nabi Allah Ibrahim ada disebut secara jelas di dalam al-quran al-karim. Ketika Nabi Ibrahim al-Khalil membina kaabah baginda menjadikan kaabah :


* Tingginya 9 hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarul aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air, bermumula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
*Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta
*Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke hajarul aswad 20 hasta,

Selepas pembinaan pertama oleh Nabi Allah Ibrahim, kaabah telah melalui beberapa siri pembinaan terutamanya selepas kebakaran besar yang berlaku semasa pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Abdullah bin Az-zubair telah membiarkan keadaan kaabah yang terbakar sehinggalah musim haji yang berikutnya.


Melihat keadaan orang yang semakin ramai ramai mengunjungi kaabah, abdullah telah meminta pendapat orang ramai sama ada perlu meruntuhkan kaabah yang asal dan dibina yang baru atau hanya diperbaiki binaan yang asal. Ibn Abbas mencadangkan agar hanya diperbaiki binaan yang asal. Ibn Az-zubair telah beristikharah sebanyak 3 kali sebelum bersepakat dengan orang ramai untuk meruntuhkannya dan dibina yang lain di tapak asal itu.

Kaabah pernah mengalami banjir beberapa kali. Namun setiap kali banjir, pemerintah pada ketika telah memperbaiki kerosakan yang dialaminya.



Setiap kali kaabah mengalami perubahan, tidak terkecuali kawasan sekitarnya. Nabi Ibrahim telah meletakkan anaknya Ismail dan isterinya Hajar dengan perintah Allah, disebuah lembah yang tidah berpenghuni. Dengan rahmat Allah terhadap hambanya, Allah telah mengeluarkan air dari mata air yang digelar air zam zam dicelah gesekan kaki kecil insan mulia Nabi Allah Ismail. Bermula dari saat itulah, lembah telah ini menjadi semakin subur dan berpenghuni. Sehinggalah Nabi Ibrahim kembali semula dan mendirikan kaabah dengan perintah Allah dan dibantu oleh anaknya Ismail. Seiring dengan perubahan kaabah dan sekitarnya, kaedah mengambil air zam zam juga telah berubah dari cara tradisional kepada moden. Seperti yang kita boleh lihat pada hari ini, kewujudan telaga zam zam tidak lagi dapat dilihat oleh orang ramai apabila tapak asalnya telah ditutup kepada orang awam.

Pada hari ini, kiswah(kelambu) kaabah akan ditukar pada setiap tahun pada 9 zulhijjah. Iaitu ketika semua jemaah haji berada di arafah untuk menunaikan rukun haji. Kiswah yang telah dibuka ini akan dihadiahkan kepada pembesar-pembesar negara islam. Manakala cebisannya akan dihadiahkan kepada para pekerja Masjidil Haram. Kebanyakan artifak sejarah masjid haram ini telah dipamerkan di Muzium al-Haramain.

Antaranya kunci kaabah, salur emas, tiang-tiang dan plak -plak ayat lama masjid, dan sebagainya. Namun apa yang lebih mengagumkan, sekiranya kita search google setellite kedudukan kaabah,kita akan dapati kawasan Masjidil Sangat cerah dan seolah bercahaya. Subhanallah...

Selasa, 6 Julai 2010

LAYAN ANAK2 @ TIARA BEACH RESORT PD

Sejak balik dari menunaikan umrah, berkali-kali anak2 mengajak mas untuk ke kolam. Kata mereka, dah lama tak main kolam.

Berkebetulan, pada hari sabtu 3 julai, sekolah mas mengadakan Temasya Sukan Tahunan. Jadi hari isnin 5 hb sekolah mengambil cuti peristiwa. Jadi mas pun ajak suami untuk membawa anak2 bercuti ke mana-mana... Kesian jugak tengok mereka tak berjalan kemana-mana semasa cuti sekolah yang lalu...


Setelah berbincang, akhirnya mas dan suami bersetuju untuk membawa anak-anak bercuti ke Tiara Beach. Walau pun kaki mas terasa sengal sebab berlari untuk acara 4X100m, acara ibubapa & guru, namun demi anak-anak, mas kuatkan juga.

Kami menyewa sebuah appartment 2 bilik. Sebenarnya appartment yang kami sewa ni bukan hak milik pengurusan Tiara Beach Resort (TBR). Sebaliknya hak milik syarikat persendirian. Jadi harganya tidaklah semahal yang dibawah pengurusan TBR. Dari segi hiasan dalaman, hampir sama. Yang mana ianya juga menggunakan perabot yang sama. Cuma yang membezakan keduanya, yang hak milik persendirian tidak ada kupon untuk sarapan pagi.


Namun bagi mas, menyewa yang sebegini ada nilai tambahnya. Iaitu, pemiliknya tak berkira sangat waktu check in dan check out, selagi mana tiada pelanggan lain. Macam mas, kami telah diminta untuk hadir jam 10 pagi, dan terus boleh check in. Kalau hotel biasa, waktu check in nya jam 2-3 petang, dan mesti check out jam 12.



Berkebetulan, semasa kami berada di PD ni, sedang berlangsung satu Pameran Hidupan Marin. Walaupun pamerannya tidah segah namanya, namun anak-anak mas tetap teruja melihat ikan-ikan kecil yang pelbagai rupa dan warna.

Salah satu ikan yang menarik perhatian mas ialah 'ikan sebelah'. Teringat mas masa mas kecil-kecil dahulu, mama bercerita kisah Nabi Musa yang bermusafir bersama Nabi Khaidir. Kisah yang disebut dalam Al-quran surah al-Kahfi. Bagaimana ikan yang menjadi bekalan Nabi Musa boleh kembali kelaut dengan cara yang aneh( al-Kahfi ayat61-63).

Pulang dari PD, mas mengambil kesempatan untuk menziarahi emak saudara yang berada di Hospital seremban. Sedih juga mas bila melihat keadaannya yang sangat uzur. Apapun mas doakan moga beliau cepat sembuh...