*************
Kebetulan pula kita berada di penghujung april...Dua hari lagi mei akan menjengah...Selain dari Hari Pekerja, sambutan yang sering menjadi sebutan pada bulan mei ini ialah Sambutan Hari Ibu...Biasanya masyarakat Malaysia akan menyambut Hari Ibu pada hari ahad minggu kedua bulan mei. Bermakna, pada tahun ini Hari Ibu akan disambut pada 8 mei.
Ramai yang sering menyebut bahawa sepatutnya hari ibu disambut pada setiap hari, dan bukannya pada satu hari dalam setahun sahaja. Mas bersetuju dengan pendapat tersebut. Memanglah sepatutnya seorang ibu itu dirai pada setiap hari. Kerana jasa ibu itu tersangat besar...Tak mungkin seorang anak akan mampu membalas jasa ibunya andai kata dia ingin membayar dengan wang ringgit.
Jasa seorang ibu bermula sejak dari seorang anak adam itu berada dalam kandungan lagi. Alquran ada menyebut bahawa proses mengandung itu penuh dengan kepayahan dan kesusahan. Kalau tidak, masakan syariah memberi rukhsah kepada ibu yg mengandung dan menyusukan. Hadis nabi juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan kemuliaan seorang ibu disisi agama.
***************
dan salah satu kisah benar yang mas terima ini adalah antara bukti, betapa seorang ibu sanggup menggadaikan bukan sahaja harta, bahkan nyawanya sendiri untuk insan bergelar anak...
Ini lah antara nilai kasih ibu yang tak bertepi buat insan yang bergelar anak...