Sabtu, 27 Februari 2010

Tanda Kekuasaan Allah

"إن في خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لآيات لأولي الألباب الذين يذكرون الله قياماً وقعوداً وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السموات والأرض ربنا ماخلقت هذا باطلاً سبحانك فقنا عذاب النار سبحانك فنا عذاب النار".
Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi orang berakal...."

Sememangnya terdapat banyak tanda-tanda kekuasan dan kebesaran Allah yang terdapat di muka bumi ini... Tanda-tanda tersebut telah Allah tunjukkan sama ada secara langsung atau tidak langsung...

Di sini, ingin mas kongsikan beberapa gambar yang mas dapat untuk renungan kita bersama. Semoga perkongsian kecil ini dapat menambah keimanan kita kepada Allah SWT. Hayatilah...




Antara tanda kekuasaan Allah, ialah : Kalimahnya terbentuk pada...
Ombak tsunami yang membentuk kalimah Allah

Awan yang membentuk kalimah Allah.

Kalimah Allah terbentuk dibumi dilihat dari satelit.





Kalimah Allah yang terdapat pada potongan buah.



Kalimah Allah yang terbentuk disarang lebah.


pokok yang membentuk kalimah Allah.

kalimah Allah pada kulit telur.

sinaran lampu yang membentuk kalumah Allah

Kalimah Allah pada badan ikan.





















pokok yang menyerupai orang rukuk, dan ianya menghadap arah kiblat...

Subhanallah... Sebenarnya semuanya bergantung kepada keimanan kita sama ada ingin mempercayainya atau tidak...

Bila mas lihat gambar-bambar ini, teringat mas suatu peristiwa semasa mas masih di tingkatan lima.

Mas dan kawan-kawan melihat kalimah "Allah" "Muhammad" " Allahu Akbar " "Lailaha illallah" dan "Lailaha illallah Muhammad Rasulullah" dilangit yang terbentuk dari pelangi . Kalimah tersebut tidak statik. Sebaliknya bergerak perlahan-lahan. Kalimah tersebut berada di arah kiblat. Kebetulan waktu itu waktu petang. Jadi cahayanya amat cantik dibias oleh cahaya matahari yang sedang jatuh...Bukan mas sahaja yang menyaksikannya, bahkan semua murid yang berada di asrama ketika itu menyaksikan peristiwa tersebut. Murid-murid petang yang sedang berhimpun juga menyaksikannya kerana mereka berbaris mengadap arah kiblat. Mas pasti, ramai teman-teman mas masih mengingati peristiwa ini...

Mas tak tahu sama ada ianya buatan manusia, atau memang Allah Taala ingin menunjukkan kuasanya. Apa pun, mas tetap percaya Allah maha berkuasa, dan Dia mampu melakukan apa yang diinginya kerana alam ini adalah miliknya...

Selasa, 16 Februari 2010

Taman Tamadun Islam...antara Replika dan Original






Ahad 7 Febuari : Semasa mas sedang berborak dengan suami, timbullah persoalan tentang rancangan nak memenuhi cuti raya cina kali ini...Entah macam mana, timbullah idea di kepala mas ni nak ke Kuala Terengganu. Sebenarnya, dah lama mas teringin nak ke Taman Tamadun Islam, yang terletak di Pulau Wan Man. Taman yang menempatkan replika masjid2 dan monumen utama yang terdapat di seluruh dunia...Suami pulak tak membantah dengan syarat, mas yang belanja penginapan...Apa lagi, mas terus buka internet cari homestay yang sesuai dengan harga mampu bayar. Alhamdulillah. Dapat. Mas terus contact owner dan buat bayaran deposit.

Kebetulan, mak mertua menghubungi suami pada sebelah petangnya, untuk bertanyakan program cuti umum kami kali ini...suami pun bagi tahu mak tentang rancangan percutian kami. Pada awalnya mak agak marah-marah. Mak fikir, kami dah rancang lama dan kami tak bercerita padanya. Pada hal, perancangan baru berlaku spontan...Mak kata mak nak ikut kami sekali...Mas tak kisah, lagi pun kami sewa home stay, macam dok rumah jugak la...

Kami bertolak awal pagi dari rumah mak. Berhenti sarapan di R&R Gambang. Sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 12 tengah hari. Kami makan tengah hari dulu di Pantai Batu Burok, dan terus ke Taman Tamadun Islam (TTI).Memang menarik taman ni...

replika taj mahal


replika masjid haram


replika masjid qubbatus sakhra'


dalaman Qubbatus sakhra'...dan banyak lagi...














Dalam banyak-banyak monumen, bagi mas, monumen masjid Qubbatus sakhrak lah yang paling menyentuh hati... Teringat mas ketika mas melawat Baitul maqdis dulu... Rekaan dalaman masjid ini yang sangat serupa dengan masjid yang sebenar...Mas berdoa di dalam hati agar bumi Palestine bebas dari cengkaman zionis...

Ketika melawat replika masjid haram, hati mas terasa rindu sesangat nak jejakkan kaki lagi ke bumi barakah ini... Rindunya nak tawaf di kaabah, nak ziarah makam Nabi... (Allahummasolli ala Muhammad...) Semoga Allah izinkan mas kembali mengucup hajar aswad...insyaAllah..

Pada sebelah petangnya mas dan suami bawa anak-anak main pasir di pantai Batu Burok...Ombak agak kuat masa ni.. Seram mas. Takut datang ombak besar dan tarik anak-anak ke laut..



Keesokkan harinya, sebelum pulang, kami melawat muzium losong dan shopping sedikit di Pasar Payang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di air terjun sekayu. Bagi anak-anak berendam air sekali lagi...

Khamis, 11 Februari 2010

Kejamnya....

Seperti biasa, waktu malam sebelum tidur, adalah waktu mas melayan internet setelah penat melayan kerenak anak-anak. Mas akan buka akhbar arus perdana untuk mengetahui peristiwa yang berlaku dalam luar negara...

Sedang mas membuka satu demi satu lembaran berita, mata mas terpaku pada sekeping gambar yang terpapar. Terpaku mas seketika. Allah...sedihnya...Gambar mayat seorang bayi perempuan comel yang telah dihurungi semut...Kejam dan zalim...siapakah yang tergamak melakukan perkara ini kepada bayi yang tak berdosa ini..?


Mas tertanya-tanya sendiri...Adakah tubuh kecil ini masih bernyawa ketika dia ditinggalkan dan ketika semut-semut kecil itu melapah kulit mulusnya...Adakah dia menanggung kesakitan yang teramat ketika tubuhnya digigit semut-semut itu...Ya Allah... Kesiannya bayi ini...

Selama tiga hari berturut-turut kita dihidangkan dengan berita buang bayi. Teringat mas suatu ketika dahulu, berita buang bayi ini seolah-olah berita wajib didada akhbar saban hari. Namun selama beberapa tahun, berita-berita seperti ini menyepi sekita dari telinga kita. Tapi hari ini, masyarakat kita sekali lagi dijamu dengan kisah-kisah tragik insan kecil yang tidak berdosa ini, dan berita pada hari ini, merupakan salah satu dari berita tentang bayi malang akibat dari kealpaan nafsu manusia.

Semalam, seorang teman lama telah bertandang ke rumah mas . Dia telah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Telah mencuba kaedah rawatan iui sebanyak 2 kali, namun rezeki untuk memiliki zuruat sendiri masih belum menyebelahinya... Namun begitu, dia masih tak putus asa, ingin mencuba iui untuk kali ketiga, dan ingin juga mencuba kaedah ivf.

Teringat pula mas kepada seorang teman yang pernah sama-sama mengajar di UiTM. Juga telah bertahun berumahtangga, namun masih belum memiliki zuriat. Katanya : " Pelikkan mas, orang-orang yang buat hubungan tak sah, mudah sangat mengandung. Tapi kita yang memang merancang nakkan anak susah pulak nak dapat..."

Pada mas, semua ini takdir Allah untuk menguji hambanya. Bagi yang pernah terlanjur, cukup-cukuplah dengan dosa zina yang sedia ada. Janganlah dihimpun lagi dosa besar yang sudah sedia banyak, dengan menambah dosa besar lain. Membunuh.

Apa pun mas doakan semoga negara kita tak akan menjadi seperti yang berlaku di negara ini...saksikan....


janin bersama rempah ratus


penyediaan ramuan

proses membasuh

siap di siang

sup janin yang siap dimasak



manusia jenis apakah ini yang tergamak memakan janin...?

wal'iyazubillah...