Selasa, 16 Februari 2010

Taman Tamadun Islam...antara Replika dan Original






Ahad 7 Febuari : Semasa mas sedang berborak dengan suami, timbullah persoalan tentang rancangan nak memenuhi cuti raya cina kali ini...Entah macam mana, timbullah idea di kepala mas ni nak ke Kuala Terengganu. Sebenarnya, dah lama mas teringin nak ke Taman Tamadun Islam, yang terletak di Pulau Wan Man. Taman yang menempatkan replika masjid2 dan monumen utama yang terdapat di seluruh dunia...Suami pulak tak membantah dengan syarat, mas yang belanja penginapan...Apa lagi, mas terus buka internet cari homestay yang sesuai dengan harga mampu bayar. Alhamdulillah. Dapat. Mas terus contact owner dan buat bayaran deposit.

Kebetulan, mak mertua menghubungi suami pada sebelah petangnya, untuk bertanyakan program cuti umum kami kali ini...suami pun bagi tahu mak tentang rancangan percutian kami. Pada awalnya mak agak marah-marah. Mak fikir, kami dah rancang lama dan kami tak bercerita padanya. Pada hal, perancangan baru berlaku spontan...Mak kata mak nak ikut kami sekali...Mas tak kisah, lagi pun kami sewa home stay, macam dok rumah jugak la...

Kami bertolak awal pagi dari rumah mak. Berhenti sarapan di R&R Gambang. Sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 12 tengah hari. Kami makan tengah hari dulu di Pantai Batu Burok, dan terus ke Taman Tamadun Islam (TTI).Memang menarik taman ni...

replika taj mahal


replika masjid haram


replika masjid qubbatus sakhra'


dalaman Qubbatus sakhra'...dan banyak lagi...














Dalam banyak-banyak monumen, bagi mas, monumen masjid Qubbatus sakhrak lah yang paling menyentuh hati... Teringat mas ketika mas melawat Baitul maqdis dulu... Rekaan dalaman masjid ini yang sangat serupa dengan masjid yang sebenar...Mas berdoa di dalam hati agar bumi Palestine bebas dari cengkaman zionis...

Ketika melawat replika masjid haram, hati mas terasa rindu sesangat nak jejakkan kaki lagi ke bumi barakah ini... Rindunya nak tawaf di kaabah, nak ziarah makam Nabi... (Allahummasolli ala Muhammad...) Semoga Allah izinkan mas kembali mengucup hajar aswad...insyaAllah..

Pada sebelah petangnya mas dan suami bawa anak-anak main pasir di pantai Batu Burok...Ombak agak kuat masa ni.. Seram mas. Takut datang ombak besar dan tarik anak-anak ke laut..



Keesokkan harinya, sebelum pulang, kami melawat muzium losong dan shopping sedikit di Pasar Payang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di air terjun sekayu. Bagi anak-anak berendam air sekali lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan