Mas sendiri, antara rasa percaya dan tidak, bahawa mas masih diberi peluang untuk bertawaf di sekeliling Baitullah...
Mas bertolak pada 9 Jun, dengan pesawat Saudi Airlines jam 3.00 petang. Oleh kerana kami akan terus ke Mekah, maka semua jemaah lelaki telah memakai pakaian ihram di KLIA. Semasa mas sedang menunggu suami menukar wang, mas sempat berkenalan dengan seorang ahli rombongan : Seorang makcik dari Sungai Buloh yang pergi bersama anak dan menantunya.
Walaupun ini bukanlah kali pertama mas menjadi tetamu di tanah suci ini, namun perasaan berdebar dan teruja mas tetap sama. Seolah-olah mas pergi untuk kali pertama. Mungkin kerana jarak masa yang terlalu lama... Dah 11 tahun berlalu, setelah mas pergi kali terakhir pada tahun1999 untuk menunaikan fardhu haji. Tambahan lagi, mas sudah punya anak. Perasaan berat untuk meninggalkan mereka memang ada. Namun mas tawakkal.
Sesampai di Jeddah, kami meneruskan perjalanan menuju Kota Suci Makkah. Kami ditempatkan di Hotel Bustan. Alhamdulillah, jaraknya agak dekat dengan Masjidil Haram. Sesudah menyimpan barangan di bilik, kami terus menuju ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan umrah.
Ketika mahu memulakan tawaf, mata mas ligat memandang lampu hijau, sambil tercari-cari garisan hitam hitam dilantai... Mas tak nampak! Berdebar rasa hati. Mas rasa mas pasti dengan mata mas yang tak nampak garisan itu. Tapi mas tak berani bersuara. Cuma bila suami berbunyi tentang dimana garisan hitam tu, barulah mas juga bersuara. Mas kata mas pasti garisan tu tak dah ada...Lucu pulak rasa, ingatkan mas diuji....
Pada pendapat mas, ada eloknya garisan itu dibuang. Kalau dulu2, mas ingat lagi, dikawasan tersebut memang jem teruk. Ramai yang berdiri atas garisan dan berdoa disitu. selain dari itu, mereka juga akan berhenti tiap kali tiba disitu untuk melambai . Akibatnya, memang sesak. Nak-nak ketika musim haji dan bulan Ramadhan. Tapi sekarang, kawasan tersebut dah jadi lebih smooth...Jemaah sendiri kena berijtihad sama ada sudah melewati Hajarul Aswad dengan hanya berpandukan Hajar Aswad dari jauh dan lampu hijau.
Satu lagi peristiwa lucu berlaku ketika mas dan suami selesai bersaie dan ingin bertahallul dari umrah pertama. Dengan penuh yakin kami keluar dari pintu marwah dan ingin mencari solun (kedai gunting). Namun tercengang-cengang kami seketika. Ditengah kepekatan malam, kami lihat tiada lagi deretan kedai2 gunting dan lorong-lorong kecil kawasan kedai yang sering kami kunjungi dulu. Semuanya sudah diruntuhkan dan diratakan. Kawasan tersebut sudah berubah sama sekali... Semuanya telah tiada... Mas difahamkan kawasan tersebut sudah diratakan sampailah ke kawasan masjid kucing , semuanya telah diruntuhkan. Tiada lagi bangunan2 yang pernah menjadi tempat kami menginap dahulu. Tiada lagi deretan kedai-kedai yang menjadi kegemaran mas dan kawan-kawan berbelanja...Mas pasti kawasan ini akan dibangunkan dengan hotel2 besar.
Azan pertama berkumandang ketika mas dalam perjalanan pulang ke hotel. Jam 3.15 pagi...Jam 4.15 pagi, azam subuh pula berkumandang...Hari pertama disini, selain merehatkan diri, kami meninjau suasana yg sudah banyak berubah... tiada lg pagar2 sekeliling masjid Haram. Di Jabal Abi Qubais telah didirikan tembok2 yg berdiri megah di atasnya rumah2 sultan.
Kawasan saie juga telah diperbesarkan... eskelator2 juga telah banyak disediakan untuk ke tingkat atas. Juga telah ada kawasan beraircond dalam masjid, yg mana pembinaannya ditanggung oleh Sultan Brunei... Hotel2 agam tersergam indah disekeliling masjid. Juga terdapat banyak kawasan2 yg sedang dalam pembinaan.
Rumah2 tradisional yg dibina bercantum diatas bukit2 batu semakin banyak dirobohkan. Berada dikawasan ini, mas cuba pejamkan mata membanyangkan deretan kedai tepi kawasan masjid tempat mas membeli Asyir faraulah dengan kawan2 dulu ... semuanya telah tiada kini....apa yang masih kekal ialah , KFC di hotel Hilton. Masih ditempat yang sama. Tembok tempat kami melepak2 dahulu, juga masih ada disitu. Begitu juga jam besar Omega, masih berfungsi menunjukkan waktu. Namun jam tersebut bakal ada saingan... Sebuah jam besar baru, yang berganda lebih besar dari jam besar Omega di hotel Hilton, masih dalam pembinaan. Jam tersebut memang sangat besar sehingga boleh dilihat dengan mudah dari tempat tawaf...
Semasa berada didalam masjid, mas tercari-cari tangga menuju Bi'r Zam Zam. Dah tak ada rupanya... Kawasan tersebut juga telah tutup. kini, para pengunjung tidak lagi mengetahui dimana letaknya lokasi sebenar telaga zam zam. Kalau duhulu, terdapat tulisan di atas tempat tawaf yg menunjukkan lokasi sebenar telaga zam zam. Tapi kini marmar tulisan itu juga telah dibuang. Mas cuba mengimbau kenangan bersama kawan2 semasa kami menunaikan umrah Ramadhan tahun1997, umrah soifi tahun1998 dan haji tahun 1999. Kawasan bawah bi'r zam zam inilah antara tempat favorite kami untuk melepak...Di bawah ini terdapar deretan paip zam zam yang dibuat seperti water cooler... Airnya yang sejuk nyaman, bukan sahaja dijadikan air minuman dan wuduk, tapi ramai juga yang mengambil kesempatan untuk membasahkan badan.
Dihujung sebelah kanannya terdapat dinding kaca. Disitulah terletaknya telaga zam zam. Bunyi deruan air yang zam zam yang disedut dari telaganya jelas kedengaran. Sekiranya kita intai di celah-celah dinding kaca tersebut, kita boleh melihat batang paip yang lebih besar dari pemeluk dewasa yang sedang menjalankan tugasnya menyedut air zam zam tanpa henti 24 sehari 7 hari seminggu. Subhanallah.... bayangkan air yang keluar dari celahan batu itu boleh diminum bukan sahaja oleh penduduk Mekah dan sekitarnya, tetapi juga dibawa pulang oleh seluruh penduduk dunia...

Selepas solat maghrib hari ketiga, mas berjalan-jalan sendirian di tingkat dua masjid. Mas melihat-lihat semula kawasan sekitar tempat saie di tingkat dua. Juga telah berubah. Tiada lagi dinding2 yang memisahkan antara ruang solat dan tempat saie. kalau dahulu kawasan saie tersebut agak tinggi sedikit. Ada 3-4 mata anak tangga . Mas teringat, disinilah doa mas dimakbulkan Allah untuk bertemu jodoh mas kali pertama diantara jutaan umat manusia di dalam Masjidil Haram semasa mas menunaikan fardhu haji...Alhamdulillah, selepas pertemuan pertama tersebut, pada kali ini, Allah telah mengizinkan mas untuk bertemu jodoh mas itu setiap kali kami berjanji untuk bertemu lepas solat. Walaupun pada awalnya, perjanjian tersebut tidak begitu spesifik, namun tetap diizinkan untuk bertemu... Mas benar-benar bersyukur dengan pertemuan pertama itu...Doa mas, semoga Allah mengizinkan kami untuk terus bersama sehingga akhir hayat kami...
Hari ketiga rombongan kami telah pergi ke Tan'eim untuk bermiqat umrah. Tan'eim merupakan antara tempat miqat yang paling afdhal yang disebut oleh Rasul SAW selepas Hudaibiyah dan Ja'ranah. Masjid Aisyah masih sama seperti kali terakhir mas kesini 11 tahun lalu. Tiada perubahan. cuma kawasan Tan'eim sudah semakin maju dengan pertambahan bangunan2.
Selain keTan'iem, rombongan terlebih dahulu telah berhenti di kaki Jabal Thur. Padang Arafah, Mina dan Muzdalifah antara tempat-tempat wajib untuk dilawati..Sambil melewati tempat-tempat tersebut, mas dan suami sama-sama mengimbau kenangan kami masing-masing. Terutamanya ketika di Arafah, ketika kami menunaikan haji dahulu. Kami masing-masing ada kenangan pahit manis tersendiri.. Pengalaman yang takkan kami lupakan sepanjang hayat kami.....

Pada awalnya, Mas fikir rombongan kami akan berhenti di Jamarat... Memang mas teringin sangat nak melihat perubahan kawasan ini seperti yang mas baca di media, yang mana Jamarat telah mengalami perubahan besar-besaran. Malangnya ketika bas kami melewati kawasan tersebut, mas terlelap. Tak apa lah. Memang tak ada rezeki mas agaknya... bas kami sekadar melewati Jabal Nur tanpa berhenti. Mas hanya merenung puncak bukit Nur sambil membayangkan Gua Hira' yang pernah mas lawati. Mas telah berpeluang mendaki bukit ini semasa mas menunaikan umrah kali pertama tahun 1991 bersama mama. Masa itu mas baru tingkatan tiga. Kali kedua mas sampai ke gua Hira' semasa umrah soifi tahun 1998. Tempat tersebut masih sama seperti yang mas lawati sebelumnya...
Selain bermiqat di Tan'iem, ahli rombongan juga telah dibawa untuk bermiqat di Jaa'ranah.
Dikesempatan lain, kami telah dibawa ke satu lagi tempat bersejarah, iaitu Hudaibiyah. Dalam perjalanan pulang, kami berhenti di Muzium alHaramain. Tempat yang menempatkan artifak bersejarah al-Haramain: Masjidil Haram dan Nabawi. Antaranya mimbar lama Masjid Haram, lampu, tiang masjid, plak-plak batu, kiswah dan kunci kaabah, juga terdapat tiang kayu asal masjid sejak zaman sahabat. selain dari itu, terdapat replika Masjid Haram dan Nabawi.
Replika Masjid Haram ini merupakan replika asal masjid sebelum direnovate secara besar-besaran tahun 2006. Pada replika ini jelas kelihatan kedudukan asal tangga Bi'r zam zam.
Replika Masjid Haram ini merupakan replika asal masjid sebelum direnovate secara besar-besaran tahun 2006. Pada replika ini jelas kelihatan kedudukan asal tangga Bi'r zam zam.
Setelah 10 hari berada di Mekkah, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Madinah. Perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam itu, berjalan dengan lancar.
Di Madinah, kami telah menginap di Hotel Durrat al Fayruz. Hotel yang hanya bertetangan dengan Hotel Hilton ini juga terletak berhampiran dengan masjid.
Kami juga telah dibawa untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam sirah Nabawiyah, seperti Masjid Quba' dan Jabal Uhud... Di hadapan maqam syuhada' Uhud, mas teringat kembali rehlah umrah mas bersama jamiah. Bagaimana Dr. Muheeb menceritakan bahawa ketika maqam asal syuhada' uhud digali untuk dipindahkan kesini, jasad2 para syuhada masih elok sempurna dan tidak terjejas walaupun ratusan tahun telah berlalu sejak jasad mereka dikebumikan...Bukan itu sahaja, bahkan darah dan jasad mereka masih panas seolah-olah roh baru sahaja meninggalkan jasad... Subhanalllah... inilah bukti kebenaran kalimah Allah dan ajaran Rasullullah...
Salah satu tempat menarik yang telah kami lawati ialah Medan Magnet atau dipanggil"Mantiqah Baidhaad" . Apa yang menarik di sini ialah: dikawasan ini seolah-olah ada suatu kuasa yang mampu menggerakkan kenderaan yang sedang berhenti: sekiranya tidak ditarik hand break. Kelajuan kenderaan tersebut boleh mencecah sehingga 120KM sejam. Untuk membuktikan kebenaran fenomena ini, pemandu bas kami telah meminta para penumpang untuk melihat sendiri jarum meter yang tidak bergerak, serta gear di freekan dan kakinya yang tidak menekan pedal minyak.
Bagi mas, mas memang percaya bahawa Allah itu maha berkuasa untuk mencipta sesuatu. Berada di sini mengingatkan mas tentang fenomena yang berlaku di Bermuda Triangle, yang mana sehingga hari ini, tiada seorang pun saintis yang mampu mengungkap misteri kawasan tersebut...
Masa 3 hari berada di Madinah dirasa terlalu singkat. Belum puas rasanya berjemaah di Masjidil Nabawi. Mas masih ingin berada dekat dengan jasad insan yang paling suci... Kekasih Allah...Namun, setiap permulaan pasti ada penghujungnya... Mas akur kehendak alam...Namun sebelum melangkah pergi, mas berulang-ulang kali memanjatkan doa agar ini bukan kali terakhir mas menjejakkan kaki ke sini... Semoga Allah mengizinkankan mas untuk kembali bersujud di bumi sucinya ini....Insyaallah...
Walaupun baru berziarah, namun rasa rindu terus menyapa lubuk hati mas. Mas rindu untuk kembali...semoga diizinkan...Amin...