Tak sabar rasa hati nak tunggu hari rabu. Terlalu rindu rasanya ingin kembali bertandang ke bumi barakah...Tapi dalam masa yang sama , mas susah hati juga memikirkan yang mas nak tinggalkan anak2 ni....Lagi pun , mas tak penah berjauhan dgn abang harith n adik haseef untuk tempoh yang lama. Tapi nak buat mcm mana...Mas fikir, tahun ini adalah masa terbaik untuk mas mengubat rasa rindu ini setelah 11 tahun berlalu iaitu pada kali terakhir mas mengucup Hajar Aswad tahun 1999. Sebabnya, tahun ini, adik Haseef dah besar sikit, sebelum 'datang' yg kecik yg lain...mesti nak kena tunggu besar dulu...keduanya sebab tahun ini, bibik masih ada untuk menjaga budak2 ni. Tahun depan cadangnya dah tak nak amik bibik kalau larat...so susahla nak tinggalkan budak2...
Walaupun ini bukan kali pertama mas pergi mekah untuk menunaikan umrah, tapi debarannya tetap mas rasai... Teringat mas kali pertama mas pergi dengan mama tahun 1991. Masa tu mas baru tingkatan 3 .Arwah bapak berjanji, kalau result SRP mas boleh dapat 10 ke bawah, itu kira hadiah SRP. Kalau tidak, mas berhutang dengan SPM. Alhamdulillah, mas berjaya...
Kali kedua, masa mas belajar diJordan. Umrah Ramadhan tahun1997... Memang nikmat dapat berbuka di Masjidil Haram, seterusnya menunaikan Solat Terawikh berimamkan Sudaisi dan Syuraim...Terngiang-ngiang lagi syahdunya qunut yang dibaca...Apatah lagi kita memang paham maknanya....Subhanallah...Bila la agaknya mas dapat kembali bertarawikh di Masjid Haram dan Nabawi...
Kali ketiga mas tunaikan umrah ialah pada tahun 1998. Umrah musim panas. Masa ni banyak berjalan...
Dan kali terakhir buat masa ini mas bersujud terus di depan Kaabah ialah masa menunaikan haji tahun 1999. Mas amat-amat bersyukur kerana mas adalah antara hambanya yg terpilih untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini dalam usia yang masih muda dan bertenaga. Amat-amat bersyukur...Dan yang pasti, mas lebih-lebih bersyukur kerana Allah Taala izinkan mas untuk kembali menjadi tetamunya pada tahun ini 2010...
Semoga Allah memanjangkan usia mas, dan memberikan mas dan suami kesihatan yang baik untuk beribadah kepadanya sepanjang berada di sana...Juga semoga Allah memelihara anak-anak yang mas tinggalkan. Semoga Allah menjauhkan mereka dari segala mara bahaya dan memberikan mereka kesihatan yang baik. Semoga mereka terus berada di bawah lindungan mu Ya Allah...Amin Ya Rabb..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan