Ahad, 30 Mei 2010
Lawatan Penanda Arasan Ke CH
Semalam, 29 mei, merupakan kali pertama mas mengikuti lawatan di sekolah baru mas ini. Lawatan Penanda arasan ke Cameron Highland ini membawa maknanya yang tersendiri kepada mas. Sebenarnya dah lama mas tak joint kawan2 sekolah pergi rombongan...Ye la, sebelum ni anak2 masih kecil, tak tergamak pulak nak tinggal. Bila dah besar sikit ni, ok la. Lagi pun lawatannya hanya sehari...Pergi subuh, balik malam yang sama.
Selain menyinggah di tempat-tempat wajib, kami telah melawat SK Convent. Sekolah ni nampak klassik dan unik...Maklumlah, ianya dah dibina sejak tahun 1935... Seronok melawat sekolah ni...Dewan sekolah ini asalnya adalah panggung wayang masa zaman British dulu. Ular-ular yang ditangkap di sekitar sekolah ini, telah diawet dan dipamerkan dengan cantik. Bila melawat ke sini, kadang-kadang rasa macam melawat ke muzium, rasa macam melawat taman bungan pun ada. Apa yang pasti, sekolah-sekolah disini, pasti jimat dari segi bil eletriknya... ye la, di sini tak perlukan kipas, apa lagi air cond... ; )
Khamis, 20 Mei 2010
LAGU TEMA HARI GURU 2010
Tahun ini merupakan tahun pertama mas akan sambut Hari Guru disekolah baru... Walaupun baru disini , tapi mas telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi "floor Manager" untuk sambutan pada kali ini... Walaupun tugas ini tidak seberat mana, tapi yang lebih mengembirakan kerana mas punya team yang sangat bekerjasama dan membantu, juga PK koko yang sangat membimbing.
Semalam, bertempat di bilik serba guna, kami guru-guru mengadakan latihan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru. Bagi mas, lirik lagu ini sangat-sangat menyetuh jiwa pendidik mas... Terima kasih kepada penulisnya yang juga seorang pendidik...
ingin mas kongsikan di sini...
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Bagi yang nak dengar lagu ni boleh klik pada tajuk lagu..
Sabtu, 15 Mei 2010
MAKSUD TARIKH HARI GURU
LOGO HARI GURU
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
Jumaat, 14 Mei 2010
MEI DAN SAMBUTAN...
Minggu ini merupakan minggu ketiga dalam bulan Mei... setiap minggu mas menyambut dan disambut dengan hari-hari sambutan..Bermula dengan Sabtu pertama , mas menyambut Hari Pekerja Sedunia pada 1 Mei , minggu kedua, mas dirai pula dengan hari ibu yang jatuh pada 10 mei, dan minggu ini, sabagai seorang guru, mas menyambut hari guru yang jatuh pada 16 mei..
Hakikatnya, berbanding bulan-bulan yang lain, Mei merupakan bulan yang mempunyai paling banyak sambutan . Bila mas cuba senaraikan sambutan sepanjang mei, mas temui senarai panjang sambutan dalam bulan mei...Antaranya:
1 mei - Hari Pekerja 15 mei - Hari Belia Negara
2 mei - Hari Pendidikan Nasional 16 mei - Hari Guru
3 mei - Hari Kebebasan Akhbar 17 mei - Hari Telekomunikasi & Informasi
8 mei - Hari Bulan Sabit Merah 18 mei - Hari Muzium Antarabangsa
9 mei - Hari Anggota Tentera 28 mei - Hari Seniman
10 mei - Hari Ibu (berubah setiap tahun) 29 mei - Hari Tanpa Tembakau Sedunia
12 mei - Hari Jururawat
Takkira la apa sambutan pun, yang paling penting sebenarnya ialah penghayatan dan penghargaan. Bagi mas, tak ada makna kalau hari guru atau hari tanpa tembakau dirai, tetapi jasa dan pengorbanan guru tidak dihayati. Hari tanpa tembakau masih dipenuhi dengan kepul-kepul asap yg menyesakkan nafas kita di tempat-tempat awam...
Namun, sebagaimana konsep asal sesuatu HARI itu diwujudkan, harapan kita supaya sekurang-kurangnya adalah ingatan untuk sesuatu itu...
Sabtu, 8 Mei 2010
Hati-hatilah bila bayar guna kad...
Minggu lepas sempena cuti Hari Pekerja, mas balik Pahang. Hajat utama balik ni ialah kerana nak ziarah kakak ipar yang mengalami sedikit musibah. Kedainya pakaian miliknya terbakar sedikit. Tapi tak pe katanya " Boleh claim insuran..." . Walaupun tak mampu membantu, harapan mas, semoga kunjungan kami dapat mengembirakan mereka. Sebagai tanda ambil berat...
Berkebetulan ke sana mas menyinggah kejap di Kedai Pakaian Kassim. Kedai ni memang glamor di jerantut. Selain kualiti pakaiannya yang ok, harganya juga murah. Kalau di Temerloh, kedai kain Kaid Johar tu kerabat dialah...
Di kedai ni Mas membeli sedikit pakaian untuk diri sendiri, hadiah sempena Hari Pekerja. Tapi biasa, adat pembelian yang tidak dirancang. Duit dalam tangan tak cukup, tapi nak membeli juga. Nasib baik kedai ni maju skit, jadi bayaran menggunakan kad debit atm diterima. Mas pun bukan main happy lagi, so bayar la guna kad debit atm. Mula2 tokey tu dah buat prosedur transaksi, tapi kertas resitnya pulak tak keluar. setelah ditarik kertasnya, maka di buat semula kali kedua. Selesai.
Seminggu berlalu. Malam tadi tergerak hati mas nak check akaun guna maybank2u. Bukan main terkejut mas. Rupanya2 transaksi tu memang berlaku 2 kali. Maknanya mas bayar double.Barangan bernilai RM 115.80 dah jadi RM231.60. Sabar je la.
Pagi2 tadi mas call semula tokey kedai kain tu. Yang bercakap adalah ayahnya kerana anaknya (yang berusan dengan mas) berada di Dubai. Alhamdulillah. Dia percaya kata2 mas, walaupun mas nak fakskan bukti, tapi katanya tak perlu, dan dia akan bayar balik nilai yang tersilap tu. Mungkin antara faktornya ialah biras mas tu dah merupakan generasi kedua pelanggan tetap kedai nya.
Pengajarannya buat diri mas sendiri dan semua ialah : Berhati-hatilah bila menggunakan kad untuk membuat pembayaran. Perhatikan betul2 pekerja yang buat kerja tu. Bagi mas, nasib mas agak baik, sebab orang tu juga baik. Kalu orang lain, belum tentu nak pulangkan kalau dah tersilap. Nak buat tuntutan ditribunal pun leceh gak...
Langgan:
Catatan (Atom)