Khamis, 20 Mei 2010

LAGU TEMA HARI GURU 2010

Tahun ini merupakan tahun pertama mas akan sambut Hari Guru disekolah baru... Walaupun baru disini , tapi mas telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi "floor Manager" untuk sambutan pada kali ini... Walaupun tugas ini tidak seberat mana, tapi yang lebih mengembirakan kerana mas punya team yang sangat bekerjasama dan membantu, juga PK koko yang sangat membimbing.

Semalam, bertempat di bilik serba guna, kami guru-guru mengadakan latihan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru. Bagi mas, lirik lagu ini sangat-sangat menyetuh jiwa pendidik mas... Terima kasih kepada penulisnya yang juga seorang pendidik...

ingin mas kongsikan di sini...




Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Bagi yang nak dengar lagu ni boleh klik pada tajuk lagu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan