Sabtu, 8 Mei 2010

Hati-hatilah bila bayar guna kad...

Minggu lepas sempena cuti Hari Pekerja, mas balik Pahang. Hajat utama balik ni ialah kerana nak ziarah kakak ipar yang mengalami sedikit musibah. Kedainya pakaian miliknya terbakar sedikit. Tapi tak pe katanya " Boleh claim insuran..." . Walaupun tak mampu membantu, harapan mas, semoga kunjungan kami dapat mengembirakan mereka. Sebagai tanda ambil berat...

Berkebetulan ke sana mas menyinggah kejap di Kedai Pakaian Kassim. Kedai ni memang glamor di jerantut. Selain kualiti pakaiannya yang ok, harganya juga murah. Kalau di Temerloh, kedai kain Kaid Johar tu kerabat dialah...

Di kedai ni Mas membeli sedikit pakaian untuk diri sendiri, hadiah sempena Hari Pekerja. Tapi biasa, adat pembelian yang tidak dirancang. Duit dalam tangan tak cukup, tapi nak membeli juga. Nasib baik kedai ni maju skit, jadi bayaran menggunakan kad debit atm diterima. Mas pun bukan main happy lagi, so bayar la guna kad debit atm. Mula2 tokey tu dah buat prosedur transaksi, tapi kertas resitnya pulak tak keluar. setelah ditarik kertasnya, maka di buat semula kali kedua. Selesai.

Seminggu berlalu. Malam tadi tergerak hati mas nak check akaun guna maybank2u. Bukan main terkejut mas. Rupanya2 transaksi tu memang berlaku 2 kali. Maknanya mas bayar double.Barangan bernilai RM 115.80 dah jadi RM231.60. Sabar je la.

Pagi2 tadi mas call semula tokey kedai kain tu. Yang bercakap adalah ayahnya kerana anaknya (yang berusan dengan mas) berada di Dubai. Alhamdulillah. Dia percaya kata2 mas, walaupun mas nak fakskan bukti, tapi katanya tak perlu, dan dia akan bayar balik nilai yang tersilap tu. Mungkin antara faktornya ialah biras mas tu dah merupakan generasi kedua pelanggan tetap kedai nya.

Pengajarannya buat diri mas sendiri dan semua ialah : Berhati-hatilah bila menggunakan kad untuk membuat pembayaran. Perhatikan betul2 pekerja yang buat kerja tu. Bagi mas, nasib mas agak baik, sebab orang tu juga baik. Kalu orang lain, belum tentu nak pulangkan kalau dah tersilap. Nak buat tuntutan ditribunal pun leceh gak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan