Berkebetulan, pada hari sabtu 3 julai, sekolah mas mengadakan Temasya Sukan Tahunan. Jadi hari isnin 5 hb sekolah mengambil cuti peristiwa. Jadi mas pun ajak suami untuk membawa anak2 bercuti ke mana-mana... Kesian jugak tengok mereka tak berjalan kemana-mana semasa cuti sekolah yang lalu...
Setelah berbincang, akhirnya mas dan suami bersetuju untuk membawa anak-anak bercuti ke Tiara Beach. Walau pun kaki mas terasa sengal sebab berlari untuk acara 4X100m, acara ibubapa & guru, namun demi anak-anak, mas kuatkan juga.
Kami menyewa sebuah appartment 2 bilik. Sebenarnya appartment yang kami sewa ni bukan hak milik pengurusan Tiara Beach Resort (TBR). Sebaliknya hak milik syarikat persendirian. Jadi harganya tidaklah semahal yang dibawah pengurusan TBR. Dari segi hiasan dalaman, hampir sama. Yang mana ianya juga menggunakan perabot yang sama. Cuma yang membezakan keduanya, yang hak milik persendirian tidak ada kupon untuk sarapan pagi.
Namun bagi mas, menyewa yang sebegini ada nilai tambahnya. Iaitu, pemiliknya tak berkira sangat waktu check in dan check out, selagi mana tiada pelanggan lain. Macam mas, kami telah diminta untuk hadir jam 10 pagi, dan terus boleh check in. Kalau hotel biasa, waktu check in nya jam 2-3 petang, dan mesti check out jam 12.
Berkebetulan, semasa kami berada di PD ni, sedang berlangsung satu Pameran Hidupan Marin. Walaupun pamerannya tidah segah namanya, namun anak-anak mas tetap teruja melihat ikan-ikan kecil yang pelbagai rupa dan warna.
Salah satu ikan yang menarik perhatian mas ialah 'ikan sebelah'. Teringat mas masa mas kecil-kecil dahulu, mama bercerita kisah Nabi Musa yang bermusafir bersama Nabi Khaidir. Kisah yang disebut dalam Al-quran surah al-Kahfi. Bagaimana ikan yang menjadi bekalan Nabi Musa boleh kembali kelaut dengan cara yang aneh( al-Kahfi ayat61-63).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan