

Kaabah merupakan kiblat umat Islam ketika menunaikan solat tidak kira walau dimanapun mereka berada. Kaabah telah melalui beberapa peringkat pembinaan sejak kali pertama ianya dibina. Sejarah pembinaannya oleh Nabi Allah Ibrahim ada disebut secara jelas di dalam al-quran al-karim. Ketika Nabi Ibrahim al-Khalil membina kaabah baginda menjadikan kaabah :
* Tingginya 9 hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarul aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air, bermumula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
*Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta
*Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke hajarul aswad 20 hasta,




Setiap kali kaabah mengalami perubahan, tidak terkecuali kawasan sekitarnya. Nabi Ibrahim telah meletakkan anaknya Ismail dan isterinya Hajar dengan perintah Allah, disebuah lembah yang tidah berpenghuni. Dengan rahmat Allah terhadap hambanya, Allah telah mengeluarkan air dari mata air yang digelar air zam zam dicelah gesekan kaki kecil insan mulia Nabi Allah Ismail. Bermula dari saat itulah, lembah telah ini menjadi semakin subur dan berpenghuni. Sehinggalah Nabi Ibrahim kembali semula dan mendirikan kaabah dengan perintah Allah dan dibantu oleh anaknya Ismail. Seiring dengan perubahan kaabah dan sekitarnya, kaedah mengambil air zam zam juga telah berubah dari cara tradisional kepada moden. Seperti yang kita boleh lihat pada hari ini, kewujudan telaga zam zam tidak lagi dapat dilihat oleh orang ramai apabila tapak asalnya telah ditutup kepada orang awam.


Pada hari ini, kiswah(kelambu) kaabah akan ditukar pada setiap tahun pada 9 zulhijjah. Iaitu ketika semua jemaah haji berada di arafah untuk menunaikan rukun haji. Kiswah yang telah dibuka ini akan dihadiahkan kepada pembesar-pembesar negara islam. Manakala cebisannya akan dihadiahkan kepada para pekerja Masjidil Haram. Kebanyakan artifak sejarah masjid haram ini telah dipamerkan di Muzium al-Haramain.

Antaranya kunci kaabah, salur emas, tiang-tiang dan plak -plak ayat lama masjid, dan sebagainya. Namun apa yang lebih mengagumkan, sekiranya kita search google setellite kedudukan kaabah,kita akan dapati kawasan Masjidil Sangat cerah dan seolah bercahaya. Subhanallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan