Sabtu, 30 Januari 2010

Hari ini bertarikh 01022010...

1 Febuari telah diistiharkan sebagai Hari Wilayah Persekutuan. Bermakna ianya merupakan cuti umum bagi seluruh warga Wilayah Pesekutuan : KL, Putrajaya & Labuan. Tahun 2010 ini merupakan kali pertama mas meraikan cuti pada 1 Febuari. Ye la, sebelum ini, walaupun mas warga wilayah, tapi dalam bab kerja, mas adalah warga selangor. Banyak cuti umum yang tak sama...

Selain meraikan cuti hari wilayah, sebenarnya mas meraikan satu lagi peristiwa penting dalam hidup mas. Ulangtahun perkahwinan. Tahun ini merupakan tahun ke-8 perkahwinan mas. Baru lapan tahun. Ye, lapan tahun !

Terlalu baru, dan masih baru... Masih segar dalam ingatan, semasa mas menyaksikan suami mengenggam tangan qadhi, tanda kami akan diakadkan... masih terngiang ditelinga mendengar suami menyahut lafaz nikah, tanda dia sanggup menerima tanggungjawab sebagai suami mas, tanda dia menerima mas sebagai suri dalam hatinya,menerima mas sebagai ibu kepada zuriat keturunannya dan sebagai teman hidupnya dunia akhiratnya...

Memang, nikah merupakan perkara yang serius. Perjanjian yang termeteri merupakan perjanjian yang disaksikan dengan nama Allah. Tanggungjawab yang diterima oleh pasangan suami dan isteri merupakan amanah langsung dari Allah Taala. Dan yang pasti, amanah itu pasti akan ditanya diakhirat kelak...

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti punya impian dan harapan terhadap rumahtangganya. Begitu juga mas. Mas punya impian dan harapan yang terlalu besar. Tak mampu dinukil dengan pena... Impian dan harapan itu terpahat kukuh dalam sanubari mas. Impian terhadap masa depan rumahtangga, impian untuk anak-anak, dan yang pasti, impian terhadap insan yang bergelar suami.

Mas percaya, dalam sesuatu perhubungan, selain keikhlasan, kejujuran memainkan peranan yang amat besar . Perhubungan tanpa kejujuran ibarat rumah yang dipenuhi anai-anai. Walaupun pada zahirnya nampak utuh, tapi di dalamnya kosong dan rapuh. Kalau dibiar dan tidak diperbaiki, lambat laun pasti akan roboh.

Mas cuba untuk menjadi sejujur mungkin buat teman hidup mas. Mas juga mengharapkan agar dia juga jujur dengan mas. Mas harap, antara kami biarlah tiada sebarang rahsia. Mas ingin kongsi segalanya bersama suami. Alhamdulillah, hingga saat ini, rasa percaya mas terhadapnya berada ditahap yang sangat tinggi. Mas masih yakin dengan kejujuran suami terhadap mas. Mas percaya, suami tak akan mengkhianati kasih sayang mas terhadapnya, sebagaimana mas tak akan mengkhianati kepercayaan yang suami berikan kepada mas...insyaallah..

Memang, Mas terlalu sayangkan rumahtangga mas. Perasaan kasih mas terhadap suami terlalu mendalam... Mas terlalu sayangkannya. Mas selalu rasa bimbang kalau-kalau perasaan suami berubah . Kerana itu kadang-kadang perasaan cemburu bersarang dalam hati mas. Mas bimbang kalau-kalau suami berubah arah...Tak dapat mas bayangkan kalau perkara itu benar-benar terjadi...

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... kau berkatilah rumahtangga ku Ya Allah, kau rahmatilah hidup kami, kau perkukuhkanlah kasih sayang antara kami, kau pereratkanlah ikatan hati-hati kami.Jadikanlah kami sentiasa berkasih sayang keranamu ya Allah...Kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh solehah yang sentiasa berada dijalan yang engkau redhai Ya Allah... Ya Allah...kekalkanlah kami agar terus bersama hingga ke syurgamu Ya Allah... Amin ya Mujib..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan