Rabu, 6 Januari 2010

Tempat Baru Suasana Baru

Alhamdulillah, setelah berkali-kali memohon untuk bertukar tempat mengajar, akhirmya doa mas dimakbulkan Allah. Setelah dua tahun berulang setiap hari dari Putrajaya ke Petaling Jaya akhirnya pada 1 disember 2009, mas mula melaporkan diri di sekolah baru.

Sebelum ini, mas terpaksa membelanjakan sebanyak RM 6.40 setiap hari untuk tol, dan lebih kurang RM 70 untuk minyak kereta. Jumlah yang agak banyak bagi yang bergaji kecil seperti mas. Jarak perjalanan yang agak jauh bukanlah masalah utama bagi mas, bila berulang alik setiap hari, tetapi mata mas yang mudah mengantuk bila memandu waktu tengah-tengah hari.Memang agak membahayakan. Alhamdulillah, umur mas masih panjang, kalau tidak, agaknya mas dah lama jadi arwah. Sebab pernah beberapa kali mas terlelap ketika memandu. Nak-nak ketika bulan puasa...

Bekerja ditempat baru ni, memang tak sama dengan tempat lama. Maklumlah, pentadbir dan rakan sejawat yang baru, suasana kerja yang berlainan, perlaksanaan peraturan yang berbeza, dan segalanya. Semuanya tak sama.

So far, di tempat baru ni mas rasa ok. Tak ada masalah. Mas rasa seronok di sini. Pentadbir ok, suasana ok, rakan sejawat juga friendly. Mudah-mudahan, suasana ini berterusan...

Apa pun, sesekali, mas rasa, mas masih merindui kawan-kawan dan suasana kerja di sekolah lama...Semoga ukhuwwah yang pernah terjalin berkekalan... skpj شكرا على كل شيء يا

Tiada ulasan:

Catat Ulasan