Mas baru je buka fb. Sambil menengok-nengok apa yang ada di dinding fb. Tiba-tiba muncul satu gambar yang didownload dek abang jiji. Gambar arwah bapak, arwah tok dahan dan arwah tok jais...
Mas tiba-tiba jadi sebak. Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata mas mengalir laju. Selaju-lajunya. Mas rasa sedih. Mas rasa pilu. Mas rasa rindu... Sangat-sangat... Mas rindukan arwah bapak. Mas rasa nak salam tangan bapak, mas nak peluk dan kucup pipi bapak, mas nak sangat memanggil "bapak!"...
Arwah bapak meninggal ogos 1998. Masa tu mas berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Sebelum pergi umrah, mas ada menelefon rumah di malaysia. Tapi mas cuma dapat bercakap dengan mama, sebab bapak tengah mandi. Jadi mas cuma sampaikan salam tanpa dapat berbicara dengan bapak.
Mas ingat lagi, semasa berada di Mekah, mas ada termimpikan bapak. Mas nampak bapak terbaring tidak berbaju. Hanya dari paras pinggang ke leher. Walaupun wajah tidak kelihatan, mas tau itu adalah bapak. Mas tak syak apa-apa. Nak menelefon ke Malaysia pun, mas baru aje lagi telefon. Lagipun kosnya agak tinggi.
Setelah 2 hari kembali ke Jordan, barulah mas ke bilik komputer jamiah untuk check email. masa tu barulah mas tahu yang bapak dah meninggal. Dah 10 hari rupanya bapak meninggal.
Waktu tu mas tak ada perasaan. Mas rasa sedih, tapi mas tak mampu menangis. Hanya sedikit air mata yang keluar ketika kawan-kawan ucapkan takziah untuk mas. Rasa sedih tersebut hanya tertanam jauh dilubuk hati mas.
Setelah genap setahun arwah bapak meninggal, mas pulang ke tanah air. Julai 1999. Sebaik sampai di rumah, mas rasa jiwa mas kosong. Mas rasa macam ada sesuatu yang kurang. Mas tak nampak bapak. Mas nak tatap wajah bapak. Mas nak panggil bapak. Mas nak seru nama bapak... Tapi mas tak boleh...Sebab hakikatnya bapak dah tak ada. Mas tak mampu nak kongsi perasaan sedih mas dengan sesiapa. Ye la.. orang lain dah lepaskan segala kesedihan pada hari bapak meninggal. Tapi mas, segala perasaan itu tertanam jauh dilubuk hati. Bagi orang lain, suasana dah jadi biasa dengan ketiadaan bapak. Tapi bagi mas, ianya suasana baru.. Mas baru rasa sedih. Mas baru rasa kehilangan. Tapi walaupun sedih, mas masih tak mampu nak menangis, walau dalam hati mas merintih...
Febuari 2002. Mas akan melangsungkan perkahwinan. Sekali lagi mas rasa kehilangan. Mas betul-betul mengharapkan bapak ada disisi menyaksikan mas yang akan berkahwin. Mas ingin bapak yang menjadi wali mas. Mas mahu bapak sendiri yang mengakadkan pernikahan mas. Tapi tak mungkin...Mas tahu tu.. Cuma waktu ini mas mampu menangis sepuas-puasnya. Mas keluarkan segala yang terbuku dihati. Mas menangis sendirian...Puas ! Memang mas rasa puas. Cukup puas...
Dan hari ini, untuk sekian lamanya. Mas menangis lagi. Air mata kerinduan...
Semoga Allah meletakkan bapak dikalangan hamba yang diberi rahmat....Amin. Alfatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan