Selasa, 12 Januari 2010

Dah lama tak menulis...

Sesi persekolahan 2010 baru dua minggu bermula. Bahang sibuk berada di sekolah putrajaya ini memang telah terasa. Mujurnya mas tidak dilantik sebagai guru kelas, jadi sibuknya agak kurang berbanding teman-teman guru yang lain.

Agak letih, dan memenatkan. Sekarang ni mas agak kurang mengetahui berita-berita semasa yang berlaku sama ada dalam atau luar negara. Sebabnya mas tidak lagi berpeluang membaca akhbar setiap hari. Malam pulak sewaktu berita jam lapan, adalah waktu untuk mas mengajar kaka hanaan mengaji. Cuma waktu malam-malam beginilah mas curi sedikit masa untuk mengikuti berita-berita yang dipaparkan di internet sebelum mata mengantuk.

Cuma bagusnya mengajar dekat dengan tempat tinggal ni satu aje. Jimat kos pengangkutan. Kalau dulu, bila minyak cuma tinggal satu takuk pada meter, mesti mas dah kalut nak isi minyak. Bukan apa, sebab perjalanan pergi dan balik dari PJ ke PJ kalu drive citra ni, minyaknya memang satu takuk...

Apa pun berada ditempat baru ni, mas rasa semangat mas memang sentiasa baru dan membara. Mas berazam, ingin memberi yang terbaik untuk sekolah mas. Mas juga ingin jadi lebih baik berbanding sebelum ini. Semoga usaha mas diberkati...Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan