Isnin, 14 Disember 2009
Boleh diam sikit tak...? Laa...kenapa tak cakap...?
Kelahiran anak adalah anugerah yang tak ternilai buat setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Anak-anaklah yang menjadi peneguh sesebuah rumahtangga. Ramai yang telah bertahun berumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Bagi mas, mas bersyukur kerana mas adalah antara hamba Allah yang telah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak-anak. Bukan seorang dua, tetapi tiga. Cukup syarat ada anak lelaki dan perempuan. Sememangnya Mas amat bersyukur...
Setelah anak-anak ini lahir, kita ajar mereka dengan pelbagai kemahiran. Antara kemahiran tersebut, ialah bercakap. Kita ajar mereka memanggil ummi, baba, kakak,abang, nak susu, duduk, dan sebagainya. Girang bukan kepalang hati kita apabila anak-anak kecil ini mampu mengajuk ayat-ayat kita. Bermacam-macam perkataan lagi kita ajar mereka..
Apabila mereka semakin membesar, kita ajar mereka untuk membina ayat-ayat yang lebih panjang. Apabila anak-anak kita rajin bercakap, kita rasa seronok melayan perbualan dan persoalan yang muncul dari bibir kecil mereka. Apabila kita tengok anak-anak orang lain tak banyak cakap, kita rasa pelik. Sebab anak-anak kita tak pernah diam mulutnya.
Apabila mereka semakin meningkat usia,semakin banyak ayat dan persoalan yang keluar dari mulut mereka. Kadang-kadang soalan yang ditanyakan kepada kita, merupakan soalan-soalan yang kita sendiri orang dewasa tak pernah terlintas di kepala. Kadang-kadang juga persoalan berkaitan aqidah dan ketuhanan yang mereka ajukan. Termasuk juga persoalan yang kita sendiri 'segan' nak jawab.
Anak-anak ini bila bercakap tak kira waktu dan masa. Ketika kita nak berbual dan berbincang dengan suami, waktu itulah mereka juga asyik menyampuk percakapan kita. sibuk nak bertanya dan bercerita. Ada waktunya, ketika kita sedang kepenatan dan berserabut kepala dengan pelbagai perkara, waktu itu jugalah mereka juga sibuk nak bercakap.
Kalaupun anak-anak ini tak bercakap dengan kita, mereka akan bermain dan bergurau sesama mereka. Ketawa dan menjerit. Tak kira sama ada dirumah atau di dalam kereta. Semuanya sama sahaja bagi mereka. Begitu juga di dalam kelas. Anak-anak ini suka sangat bercakap dan bercerita sesama mereka. Tak reti diam langsung.
Pada situasi inilah mas, takkira sebagai ibu atau guru, di rumah atau di sekolah, dalam kereta atau di dalam kelas, ayat yang sering keluar dari mulut mas ialah... "Boleh diam tak?" "Cubalah senyap sikit.." " Dah, cukup, berhenti bercakap..."
Kalau anak-anak ini nak mendengar arahan mas dengan diam dan menutup mulut... aaahhh lega rasanya...
**********
Anak kedua mas suka sangat menahan kencing. Kadang-kadang terpaksa diangkat dan diletakkan di dalam bilik air untuk paksa dia membuang air kecil. Selalu berlaku, seluar dah basah baru dia sibuk berlari ke tandas...
Waktu ini, ayat yang selalu keluar dari mulut mas ialah : " Laaa... Kenapa tak cakap..?" " Lain kali cakap la..."
Selalu mas terfikir bila anak-anak banyak cakap, biarlah mereka bercakap selagi mana mereka boleh bercakap... Sebab jika mereka tak bercakap, pasti kita juga yang susah... Betulkan...?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan