Jumaat, 11 Disember 2009

Full Time House Wife...

Bermula dari cuti sekolah yang lalu, mas berpeluang menjadi suri rumah sepenuh masa. Bersempena dengan bibik yang pulang ke kampung, dan sesi persekolahan 2009 yang telah melabuhkan tirainya.

Bermula saat itulah mas menjalankan tugas mas sebagai isteri dan ibu sepenuh masa. semua kerja-kerja rumah, mas bereskan sendiri tanpa ada tangan lain lain yang membantu. Mas mulakan tugas mas dengan menunaikan tanggungjawab mas sebagai hamba Allah. Kemudian mas sediakan sarapan untuk suami yang bersiap ke tempat kerja. Setelah anak-anak bangun, mas mandikan seorang demi seorang dan bagi makan. Pada waktu yang sama, mas selesaikan pakaian yang tak penah surut, mas sapu dan mop rumah. Lepas tu mas rehat kejap, sebelum mas bersiap untuk menyediakan hidangan tengah hari.

Selepas makan, mas kemas dapur, angkat jemuran dan lipat terus, sebelum mas mandi sekali lagi dan solat zohor pulak. lepas solat inilah selalunya waktu mas merehatkan badan sambil melayan internet. Memang release dapat 'layan' intenet ni. Selalunya, mas baca akhbar arus perdana untuk mengetahui berita semasa dalam dan luar negara. Maklumlah, mas tak berapa berkesempatan nak tonton berita di tv, dek kekangan masa. Mas buka face book, baca cerita tentang kawan-kawan dan sedara-mara yang hanya dapat berjumpa secara virtual,kekadang menyampuk topik2 yang masa rasa menarik.Mas juga mencuri-curi masa meluahkan apa yang ada dalam kepala dalam blog peribadi mas ini.
Tapi bila intenet takboleh conect, memang mas rasa tension. Sebab ini ajelah caranya mas berehat.

Sebelah petangnya pula, mas ke dapur sekali untuk menyediakan makan petang... Dalam pukul 6 lebih, mas layan anak-anak bermain di taman kalau cuaca mengizinkan. Balik rumah mas mandikan anak-anak dan bagi mereka makan.Selepas maghrib mas ajar kakak hanaan mengaji. Lepas isyak, mas makan malam bersama suami dan menontot tv bersama anak-anak sekejap sehingga jam 10 malam. Pukul 10 malam adalah waktu anak-anak tidur. Selalunya,apabila anak-anak terlelap, mas juga sudah hanyut dibuai mimpi..

Esoknya, rutin yang sama akan berulang...

Mas terfikir,kalaulah mas ni suri rumah sepenuh mas, mas tidak bekerja, dan mas tiada bibik, agaknya inilah rutin seharian mas. Ianya akan berulang setiap hari, minggu dan bulan sehingga berganti tahun. Sedar-sedar anak-anak sudah besar dan meningkat remaja, tanpa mas sedar usia mas yang dah berlalu...

Mas rasa gembira dapat menunaikan tanggung jawab sebagai ibu sepenuh masa, bersama anak setiap saat, memandikan, menyuap sendiri anak-anak. Walaupun letih, tapi ianya memang menyeronokkan. Cuma kadang-kadang, mas rasa bagaikan ada ruang kosong dalam hidup mas. Mungkin sebab mas dah biasa bekerja, mas rasa satu macam bila tak bekerja dalam tempoh lama begini.

Kadang-kadang mas rasa, mas inginkan ruang dan peluang untuk diri sendiri. Tapi tak mampu kerana terikat dengan anak-anak. Tak pe lah. Mas cuba pujuk diri sendiri. Biar lah mas bekerja seikhlas mungkin, mencari rezeki untuk membantu ekonomi keluarga. Ianya untuk anak-anak mas juga. Semoga ruang dan peluang itu Allah akan sediakan untuk mas tanpa perlu mas korbankan masa mas dengan anak-anak.

Mas sayangkan anak-anak. Mereka lah harta yang mas ada dunia akhirat. Mas hanya mampu berdoa semoga Allah jadikan mas ibu mithali untuk anak-anak mas. Mas juga berdoa semoga Allah jadikan anak-anak mas 'qurratul a'yun' untuk mas dan suami. Semoga anak-anak berjaya dunia akhirat...

Amin ya Rabb...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan