Khamis, 31 Disember 2009
Ahlan 2010 ...
Malam tadi, sambutan tahun baru 2010. Malam tadi juga berlaku satu fenomena alam, atau lebih tepat kalau disebut, keajaiban Allah. Gerhana bulan... sebenarnya mas masih belum berpeluang untuk menyaksikan mana-mana gerhana dengan mata kasar mas atau dengan bantuan sebarang alatan moden. InsyaAllah suatu hari nanti, mas pasti akan mencari peluang tersebut.
Gerhana matahari atau bulan merupakan salah satu dari fenomena alam yang dicipta Allah. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa munasabah yang berlaku ke atas manusia, sebagaimana fahaman masyarakat dahulu terhadap fenomena ini. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak
baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya
gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana
Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :
"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا
رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya
Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan
tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya
gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana
itu.”:
Bagi umat islam, kita disunatkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana matahari dan solat sunat gerhana bulan. Atau solat sunat kusuf الكسوف dan khusuf الخسوف. Solat ini merupakan solat sunat muakkad, atau sunat yang dituntut, sama seperti solat sunat hari raya. Namun, mungkin sebab peristiwa ini jarang-jarang berlaku, maka ianya tidaklah se'glamor' solat sunat hari raya. Solat sunat ini boleh dilakukan sama ada secara secara berjamaah atau bersendirian.
Bagi mas dan suami, kami memang dah merancang nak bangun dan berqiamulail... Namun, disebabkan tidur agak lewat, maka mas tak dengar bunya alarm yang telah diset. Sedar2, subuh dah menjengah tiba. Sedih juga, tapi takpe lah. Semoga Allah menilai niat awal mas, walaupun tak dilaksanakan. Lain kali insyaAllah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan