Pada permulaan cuti sekolah baru ni, mas sekeluarga bersama ibu mertua mas telah bercuti ke Cameron Highland (CH). Kali pertama mas menjejak kaki mas ke sini ialah pada umur mas 10 tahun duhulu. Itulah kali pertama dan kali terakhir mas ke situ. Kini setelah 23 tahun berlalu, mas datang sekali lagi ke sini bersama suami dan anak-anak.
Cameron Highland terletak kira-kira 214 km dari Kuala Lumpur, kami memulakan perjalanan dari rumah kira-kira jam 9.30 pagi. Perjalanan dari rumah terus masuk lebuh raya utara selatan hingga susur Tapah. Lancar. Namun jalan menuju ke CH merupakan jalan bangkang bengkok. Kepala mas mula terasa pening. Tambahan pula anak-anak yang bermain dalam kereta macam bermain di rumah.Mujur tak muntah. Apa pun mas bersyukur anak-anak tak ikut jejak mas yang mudah mabuk bila berjalan jauh. Nak-nak kalu jalan bengkang bengkok. Lagi la..( Teringat pulak masa kecil-kecil dulu,kalau balik kampung ikut jalan Lubuk Paku, mesti kena stand by plastik tadah muntah...lucu pulak.. kesian mama jadi tukang tadah ...)
Di CH kami menginap di Alina's Apartment & Hotel. Kami ambil dua bilik. Bilik mas dan suami, berharga RM 100 semalam,bilik mak mertua dan Hanaan Rm 80 untuk satu malam. Biliknya kira ok la juga, maklum la, nama pun budget holiday, so kena la jaga budget.
Hari pertama kami cuma berjalan sekitar Tanah Rata. Menikmati teh tarik n flot bersama 'scoones' di Bharat Cameron Valley Tea. Rasanya biasa sahaja, tapi harganya, mak oii.. mahal bukan main. Selepas makan-makan, kami turun ke ladang teh. Mak dan adik Haseef tinggal di dalam kereta kerana adik tertidur. Lagi panun mak memang tak mahu ikut. Penat katanya. Kami tak turun jauh pun, sekadar bergambar-gambar dengan daun teh aje..
Kemudian kami membeli belah di tanah rata, tak beli apa,sekadar baju sehelai seorang buat kenangan. Malam tersebut kami tidur dengan lena.
Hari kedua di CH, kami naik ke Brinchang. Di Brinchang, kami berjalan-jalan ke ladang teh BOH. Nak turun ke Kawasan ni,memang menyeramkan. Sudahla jalannya sudah la kecik, sempit pula tu. Paling menakutkan bila berselisih kenderaan. Nak-nak berselisih dengan bas. Salah sebuah kenderaan mesti mengalah dengan memberhentikan kenderaan... kalau tidak.. tak tahu la. Mau terjun gaung. Dari tempat parking kami menapak naik bukit menuju ke restoran teh BOH. WAlaupun hujan, kami redah juga. Maklum la tempat yang julung-julung kali sampai...Kami bergilir-gilir dukung adik Haseef. Dah sampai ke atas baru kami tahu,rupanya boleh bawa kereta naik. Cuma mereka tak bagi kenderaan naik sebab kawasan sempit. Tapi bagi yang terlepas tu, kira rezeki la...
Dari atas restoran pemandangan ladang teh memang cantik dan mengasyikkan..
Di Brincang, tak banyak tempat yang kami pergi. Faktor cuaca yang hujan renyai tidak berhenti membantutkan suasana rehlah kali ini... Sekadar melengkapkan syarat percutian ke CH, mas dan mak membeli beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain dari itu, kami juga menyinggah ke beberapa tempat menarik sekitar pekan Brinchang untuk menjamu mata...
Hari ketiga rehlah merupakan hari terakhir kami di sini. Sebelum pulang, kami sekali lagi naik ke Brinchang untuk menambah bilangan strawberry yang di beli.. Terbayang keenakan strawberry y dicicah dengan susu.
Sebelum pulang ke rumah di Putrajaya, kami menghantar emak pulang ke kampung di Temerloh. Kami puas hati dengan percutian 3 hari 2 malam kali ini, kerana hajat sebenar kami ialah untuk menghiburkan emak yang telah bersusah payah menjaga anak-anak sepanjang bibik pulang ke kampung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan