Hari ini genap 14 hari @ 2 minggu mama bermastautin di rumah mas. Mas boleh kata ini merupakan kali pertama mama tinggal dirumah mas untuk tempoh yang agak lama. Selalunya tempoh 2 ke 3 hari tu, boleh dikira lama bagi mama untuk meninggalkan rumah di maran. Memang mama agak susah nak berjalan-jalan untuk tempoh yang lama. Banyak kerja katanya. Nak potong buah sawit, nak tanam anak getah, nak siram anak getah, risau rumah yang ditinggal lama, dan seribu satu sebab lain lagi.
Namum kali ini semuanya kerana jadual umrah yang tertangguh-tangguh dan nak melayan kerenah anak kesayangan dia...Amalina.
Mama datang ke rumah mas pada 18 disember. Memang kami dah rancang nak ke seremban menziarahi maklong shamsiah keesokkan harinya, dan dalam jadual asal, mama sepatutnya berangkat ke brunei, sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah pada hari jumaat, 20 hb. Masa cu man call, untuk memaklumkan yang jadual ditangguhkan ke hari selasa 22hb, mama dah bertolak dari rumah. Jadi mama 'malas' nak berpatah balik.
Selasa 22hb.
Cu Man kata, rombongan umrah terpaksa ke singapore terlebih dahulu dengan menaiki bas, sebelum ke brunei dengan kapal terbang dan seterusnya ke jeddah, kerana tiket flight malaysia brunei 'sold out'. Wow ! Seronok jugak... merentasi 3 negara sebelum sampai ke destinasi... Ini baru betul-betul jalan-jalan...
Hari ini, mama dan acu sudah bersiap-siap untuk bertolak dari rumah. Tiba-tiba... cu man call, kata perjalanan ditangguhkan ke hari khamis, 24 hb.
Khamis 24 hb.
Hari ini result PMR keluar. Alhamdulillah...Acu dapat 7A 1B. Walaupun kecewa dengan penangguhan perjalanan, namun result yang cemerlang ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan dihati mama dan acu.
Hari ini juga cu man call lagi dan menyatakan yang hanya nama acu seorang yang keluar untuk visa ziarah. Manakala nama mama masih belum naik. Mana kala Cu man, nak tak nak perlu berangkat untuk menguruskan jemaah umrah yang telah berada di tanah suci. Batal lagi...tunggu hari isnin pulak... 28 hb.
Mama memang dah tawar hati nak meneruskan rancangan untuk menunaikan umrah...kecewa...betul-betul kecewa bercampur dengan sakit hati! Kesian mama...Tapi dibuatnya dek anak kesayangannya yang beria-ria juga nak pergi umrah, maka di tahan juga gelojak dihati. Sakit hati tak usah nak dikata la...
Oleh sebab cu man dah berangkat ke tanah suci,maka urusan mama diambil alih pula oleh Us. Hamizi. Orang pahang... Rupa-rupanya ustaz ni kawan aizam. Dari ustaz ni lah baru tau cerita sebenar. Letak duduk masalah yang berlaku.
Mereka terpaksa menunggu keputusan dari kementerian luar saudi yang akan mengeluarkan visa ziarah kepada pemohon-pemohon. Oleh kerana musim haji baru selesai, dan jemaah haji masih berbaki ditanah suci, maka visa umrah masih belum dikeluarkan. Yang ada hanyalah visa ziarah. Visa ziarah ini tidak seperti visa umrah, yang mana ianya memang dikeluarkan secara berkumpulan mengikut permohonan. Tetapi visa ziarah dikeluarkan secara random. Tidak mengikut kumpulan pemohon atau agensi. Nama yang naik, juga berterabur... Ada yang nama suami sahaja yang naik, ada yang cuma emak yang lepas , dan sebagainya... Mengikut kata ustaz hamizi, bukan agensi ini sahaja yang bermasalah, tapi agensi lain seperti yang dibawah kelolaan ustaz ismail kamus juga menghadapi situasi yang serupa.
Mengikut kata ustaz Hamizi, dia dah 2 minggu cutinya 'burn' begitu saja. Nasib baik bos dia baik...kalau tak, agaknya dah lama kena...
Isnin, 28hb - Akhirnya nama mama naik. Tapi dia masih menunggu tarikh yang sesuai untuk tiket penerbangan.
Rabu,30hb - Akhirnya keputusan diperolehi. Mama akan berangkat mungkin pada 6 @ 7 jan. Mama dah buat keputusan untuk balik ke maran dahulu. Menguruskan persekolahan acu, dan penempatan di asrama. Kalau ikutkan hati mama, mama dah nak batalkan aje. Mama dah betul-betul tawar hati untuk pergi. Tapi anak kesayangan dia berkeras juga nak pergi, sehingga sanggup melepaskan peluang sekiranya ditawarkan ke asrama penuh, asalkan dapat pergi menunaikan umrah. Malam tersebut ustaz hamizi sekali menghubungi aizam. Katanya cu man call dari tanah suci, dan suruh dia usahakan juga supaya dapat pergi seberapa segera mungkin. Usahakan dapat tiket air asia ke kuching, dan dari kuching ke brunei. Tertangguh lagi hajat mama nak balik ke maran...
khamis, 31hb - Akhirnya keputusan asal untuk pergi 6 @ 7 hb terpaksa dikekalkan. Ini kerana, tiket air asia yang di beli last minute harganya melonjak berganda-ganda hingga rm700-800.
Jadi, tadi, selesai sahaja pendaftaran hanaan di sekolah, aizam terus hantar mama ke pekeliling. Pukul 3.30ptg, mama selamat sampai ke rumah di maran...
Sabo aje la mama. Kalau ikutkan jadual asal, mama sepatutnya bertolak 20 hb disember, dan hari ini, sepatutnya mama dah selamat kembali dari tanah suci... Tapi itula.. kita manusia hanya merancang, namun, keputusan akhir itu, Allah jua yang menentukan. Sebagai manusia yang lemah, kita hanya mampu mengharap hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan